The Power Of SMS

PANGGILAN SAIFUL KE MINDEF

Posted in Uncategorized by malaysiasms on June 24, 2009

SUARA KEADILAN

(SUARA KEADILAN)- Sebuah laman web yang didaftarkan atas nama Pahangdaily.blogspot.com melaporkan Saiful Bukhari Azlan sentiasa berhubung dengan pihak tertentu di Kementerian Pertahanan sebelum membuat laporan polis berhubung dengan dakwaan liwatnya.

Menurut blog itu,  Saiful membuat sekurang-kurangnya enam panggilan ke Mindef sebelum laporan polis berkenaan dibuat pada Jun 2008.

Rekod panggilan tersebut turut mendedahkan Saiful berhubung secara langsung dengan pihak tertentu di Kementerian Pertahanan sejak Februari tahun lalu, iaitu sebulan sebelum beliau bekerja dengan Anwar Ibrahim, menurut blog itu.

Rekod panggilan itu turut mengesan Saiful sebagai berhubung dengan pihak tertentu di Mindef hampir setiap hari ketika beliau bekerja sebagai pembantu Anwar.

Ini menguatkan hujah bahawa ada tangan-tangan tersembunyi yang merencanakan ulangan konspirasi 1998 dalam satu lagi cubaan untuk menjatuhkan Anwar.

Rekod panggilan ke Mindef itu tentunya menimbulkan lebih banyak persoalan dan menguatkan teori konspirasi di peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Anwar.

Blog Pahangdaily berkata Saiful tidak harus terlalu angkuh semata-mata kerana mempercayai beliau dilindungi oleh pihak-pihak tertentu.

“Kebenaran pasti akan terserlah jua nanti. Malah sumpah yang dipermainkan oleh Saiful juga banyak dilihat telah memakan dirinya sendiri dan menambahkan kekalutan kes ini,” ujar blog berkenaan.

Advertisements
Tagged with: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: