The Power Of SMS

PAS umum calon Manek Urai 26 Jun

Posted in Uncategorized by malaysiasms on June 21, 2009

HARAKAH DAILY

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) – PAS akan mengisytiharkan calonnya untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 26 Jun ini bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat.

Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Manek Urai, Dato’ Wan Rahim Wan Abdullah berkata, pengumuman itu akan dibuat di Manek Urai berdekatan dengan rumah Allahyarham Ismail Yaakub atau lebih mesra di kenali sebagai Pak Su Wei.

Ditanya sama ada calon yang akan dimumkan itu memiliki ciri-ciri seperti Allahyarham Ismail, Wan Rahim berkata pemimpin seperti beliau sukar diganti dan tidak boleh ditandingi.

Bagaimanapun, beliau yakin calon yang akan diumumkan nanti akan diterima oleh pengundi di Manek Urai.

Sementara itu, Wan Rahim menggesa SPR mengarahkan majikan-majikan supaya membenarkan pekerja mengambil cuti pada hari mengundi 14 Julai nanti.

Keadaan ini katanya berpunca daripada SPR sendiri yang sengaja menetapkan hari pengundian pada hari bekerja.

“Kita betul-betul mengharapkan SPR memberi arahan kepada majikan bagi memberikan cuti satu hari,” tegasnya ketika dihubungi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil itu pada 14 Julai ini dan penamaan calon pada 6 Julai.

Kerusi DUN Manek Urai kosong selepas penyandangnya, Ismail Yaakob, 60, dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu kerana masalah kesihatan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai buat pertama kali pada pilihan raya umum 1986 dan mengekalkannya untuk lima penggal berturut-turut.

DUN Manek Urai terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krai yang juga disandang oleh PAS. – mns_

Tagged with: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: