The Power Of SMS

Anifah ada 24 jam untuk minta maaf atau beliau akan disaman : Sangkara Nair

Posted in Uncategorized by malaysiasms on May 17, 2009

SUARAKEADILAN

Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 16 Mei (SK) : Menteri Luar Anifah Aman akan menghadapi tindakan saman oleh Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim jika beliau tidak memohon maaf secara terbuka atas kelancangan beliau menuduh Anwar menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri apabila beliau berjaya mengambil alih kuasa Kerajaan Malaysia.

Belikutan kenyataan Hanifah dalam akhbar The Star hari ini yang dipetik sebagai berkata, “Dia (Anwar) cuba memujuk ahli-ahli Parlimen dan saya sendiri ditawarkan untuk melompat kepada pembangkang dengan jawatan amat lumayan dan dia juga beritahu seperti (jawatan) Timbalan Perdana Menteri.”

Tajuk berita The Star hari ini berbunyi : Anwar offered me the DPM’s post, says Anifah”

Tajuk berita Mstar Online berbunyi “Anifah: Anwar pernah tawar jawatan TPM bentuk Kerajaan Persekutuan.”

Anifah berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan kepada beliau dalam satu sidang akhbar bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, di Washington, Amerika Syarikat semalam.

Peguam Sangkara Nair dan rakan-rakan yang bertindak bagi pihak Anwar akan mengfailkan saman terhadap keyataan Anifah jika beliau tidak memohon maaf dalam masa 24 jam dari sekarang.

“Klien kami, Anwar menafikan bahawa beliau pernah menawarkan jawatan tersebut kepada Anifah dan menafikan sekeras-kerasnya pertuduhan sedemikian oleh Anifah,” jelas Sangkara kepada Suara Keadilan.

“Pertuduhan demikian langsung tidak berasas, berbaur fitnah dan mahu menjatuhkan imej Anwar di mata dunia,” kata Sangkar lagi.

Menteri Luar itu juga berkata bahawa Anwar tidak menceritakan keadaan sebenar mengenai Malaysia.

“Anda tahu, kami mempunyai kepercayaan teguh terhadap sistem kehakiman kami. Mengenai Anwar Ibrahim, kita amat mengenalinya. Lebih atau kurang, apa yang dia (Anwar) telah nyatakan khususnya di luar negara, banyak perkara yang diperkatakan adalah tidak benar.

“Dia telah berulang kali menyatakan sebelum pilihan raya bahawa dia akan memberikan bukti dan namum sehingga hari ini, dia tidak memberikan apa-apa,” katanya ketika menjawab soalan seorang wartawan pada sidang akhbar itu.

Advertisements
Tagged with: , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: