The Power Of SMS

18 Buah Negara Menghina Perdana Menteri, Tidak Ada Apa-apa Tindakan – Dato’ Mustafa Ali

Posted in Uncategorized by malaysiasms on May 12, 2009

Malaysia Today

(Buletin Online) – Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dato’ Mustafa Ali  berkata Barisan Nasional (BN) tidak mahu menyertai Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang pada 31 Mei depan kerana tidak sanggup menerima kekalahan setelah kecundang empat kali, dari lima pilihanraya kecil yang diadakan sebelum ini.

Menurutnya, Dato’ Seri Najib Razak menyatakan kononnya pilihanraya kecil itu banyak membelanjakan wang namun tidak banyak membawa faedah.

Hakikatnya, kata beliau, perlaksanaan pilihanraya sebenarnya dapat menggerakkan ekonomi apabila wang dibelanjakan bagi mengongkosi perjalanan kempen.

Selain itu beliau berkata, ada pihak-pihak yang mendakwa, Presiden UMNO itu, tidak mahu bertanding dalam pilihanraya tersebut kerana tidak sanggup lagi mendengar nama Altantuya, wanita Mongolia yang mati dibunuh, dikaitkan dengan beliau.(Video Klip Didalam)

“Tetapi ada orang beritahu, sebenarnya Najib tidak mahu bertanding  pilihanraya (DUN Penanti) kerana tidak mahu lagi mendengar Altantuya disebut-sebut,

“berapa kali pilihanraya (kecil berlaku) tidak kena mengena pun, (PRK) Bukit Gantang (dan PRK) Bukit Selambau (Najib) tak turun pun, tapi ‘Altantuya’ turun juga,”katanya dalam majlis penerangan Isu DUN Perak di Masjid Rusila, Sabtu lalu.

Katanya, sekiranya PRK DUN Penanti tidak diadakan, nama Altantuya tidak akan disebut dan beliau dapat melupakan sekejap tentang isu Altantuya.

Dato’ Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, akhbar dalam 18 buah negara didunia menyiarkan laporan peristiwa Altantuya dan mengaitkannya dengan Perdana Menteri Malaysia.

Katanya dari segi kaedah hubungan diplomatik antarabangsa, negara kita sepatutnya memanggil duta-duta negara asing dan meminta penjelasan tentang perkara tersebut.

“Dari segi kaedah hubungan antarabangsa, kalau negara kita tidak puas hati, bahawa suratkhabar dalam sesebuah negara itu mencemar nama baik (negara) kita. apa lagi Perdana Menteri, Malaysia boleh panggil duta, (mana-mana) negara yang menyiarkan,

“(dan meminta penjelasan) pasal apa (negara) kamu duk cerita (melaporkan) bab (tentang) Perdana Menteri kami dengan Altantuya, ini boleh boleh menjejaskan hubungan diplomatik,”katanya sebagaimana tindakan yang diambil ke atas Denmark ketika menyiarkan ‘karikatur’ menghina RasuluLlah SAW

Tetapi, katanya, ketika 18 buah negera menghina Perdana Menteri Malaysia, Duta Malaysia diluar negara tidak melakukan apa-apa dan kerajaan Malaysia juga tidak memanggil Duta negara tersebut.

Ia berlaku demikian kerana, katanya, sekiranya diambil tindakan tertentu dan apabila siasatan dijalankan, dibimbangi ia akan menemui kebenaran yang lebih ‘parah’.

Advertisements
Tagged with: , , , ,

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. IbnAbdHalim said, on May 12, 2009 at 12:20 pm

    Betul tu! Kalau diambil tindakan sekurang-kurangnya akan ada penjelasan dari negara-negara tersebut. Kemungkinan juga lagi banyak fakta akan timbul. Oleh kerana takutkan banyak bukti-bukti baru terbongkarlah maka Najib (Malaysia) mendiamkan diri. Najib hanya berani bertindak terhadap rakyat sendiri saja tapi Raja Petra Kamarudin tak berani nak saman pula. Kenapa? Sebabnya samalah dengan tak berninya Najib menentang tuduhan media asing.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: