The Power Of SMS

Anwar kesal tindakan rakus pihak keselamatan ganggu sambutan 10 tahun KeADILan

Posted in Uncategorized by malaysiasms on May 11, 2009

Suara Keadilan

SAMBUTAN 10 Tahun penubuhan KeADILan peringkat Bandar Tasik Puteri terpaksa bertukar lokasi apabila pihak polis menarik balik permit yang telah diperolehi semenjak 5 Mei lalu dibatalkan sejurus pada hari program berkenaan malam tadi.

Menurut Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim, beliau kesal dengan alasan polis mengikut arahan ‘politik atasan’ yang meminta agar program sambutan 10 tahun berkenaan dibatalkan kerana penarikan permit berkenaan.

“Permit telahpun diperolehi sebelumnya oleh pihak penganjur pada 5 Mei 2009, tetapi dibatalkan pada saat akhir tanpa sebarang alasan munasabah. Pun begitu maklumat sahih mengesahkan ada arahan ‘politik atasan’ di sebalik tindakan rakus pihak keselamatan ini,” menurut Anwar.

Dalam kejadian 9 Mei lalu, polis telah menceroboh tapak sambutan berkenaan serta meletakan kira-kira lebih 50 anggota polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di kawasan berkenaan.

Polis dari IPD Gombak serta FRU turut merampas bendera, kain rentang serta mengenakan sekatan jalan raya di kawasan sekitar Tasik Puteri menuju ke tempat di mana sambutan tersebut diadakan.

Tambah beliau anggota FRU yang muncul di tapak acara sambutan dengan diiringi anggota polis daripada IPD Gombak telah merampas bendera, kain rentang serta mengenakan sekatan jalan raya di kawasan sekitar Tasik Puteri menuju ke tempat di mana sambutan tersebut diadakan.

Anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang juga turut terlibat membuat rampasan dan menggagalkan acara tersebut walaupun ia mendapat dokongan kerajaan negeri.

Menurut Anwar beliau kesal dengan instrumen kerajaan termasuklah FRU dan Pihak Berkuasa Tempatan yang bertindak menggagalkan sambutan program ini semenjak jam 2 petang.

Jelasnya lagi, beliau dan pimpinan KeADILan membantah keras tindakan pihak berkuasa pihak berkuasa yang jelas bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan rakyat untuk berhimpun dan bersuara

“Jika pihak berkuasa berterusan dimanipulasi sebegini rupa hanya demi melampiaskan nawaitu politik Umno-BN, janganlah sesekali kita pelik dan hairan kenapa jenayah ragut terus berleluasa, jenayah culik gagal dibanteras. Keselamatan politik Umno-BN nampaknya lebih penting daripada keselamatan rakyat terbanyak!” katanya lagi.

Walaubagaimanapun, sambutan berkenaan tetap terus diadakan walaupun terpaksa berpindah tempat ke Masjid Tasik Puteri, Rawang.

Majlis yang dimulakan dengan solat magrib berjemaah diikuti solat hajat dan tazkirah turut dihadiri hampir 700 jemaah walaupun terpaksa berpindah tempat.

Dalam perkembangan yang sama,  Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulangtahun ke 10 PKR, Wan Jusoh Wan Kolok pihak polis telah meluluskan permit untuk mengadakan acara tersebut pada 5 Mei lalu tetapi telah membatalkannya atas alasan yang tidak munasabah.

“Dalam surat kepada kami polis mengatakan antara lain permit yang diperolehi tidak sepatutnya diluluskan oleh pegawai yang meluluskan permit tersebut.

“Kini mereka paksa kami pindahkan acara tersebut pada saat akhir ke stadium di Selayang dan ini merupakan satu bentuk penindasan dan kezaliman terhadapan kebebasan rakyat untuk mengadakan aktiviti sosial dan kegiatan politik.

“Mungkin mereka takut rakyat akan mendapat maklumat dan penjelasan daripada pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat mengenai keganasan polis dalam DUN Perak baru-baru ini,” kata Wan Jusoh yang juga seorang tokoh reformis terkenal.

Advertisements
Tagged with: , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: