The Power Of SMS

PAS mohon suruhanjaya diraja ditubuh pulihkan negara

Posted in Uncategorized by malaysiasms on April 29, 2009

Suara Keadilan

Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 28 April (SK) – Ketua Peneranga  Pas Pusat Mahfuz Omar hari ini telah memohon agar Majlis Raja-raja Melayu segera menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja bagi memulihkan nama baik negara.

Beliau menegaskan bahawa  isu pembunuhan Altantuya dan pembelian kapal selam yang dikaitkan oleh media antarabangsa dengan Perdana Menteri Najib Razak menyebabkan nama baik negara kini tercemar.

Penubuhan Suruhanjaya DiRaja itu perlu ditubuhkan setelah nama negara kini kian tercemar akibat laporan media antarabangsa yang melibatkan Perdana Menteri.

“Kita kesal bila nama baik negara kini sudah tercemar dengan dua isu ini yang dimainkan oleh media antarabangsa.

“Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah juga pernah meminta supaya Najib membersihkan nama beliau namun hingga ke hari ini tiada usaha ke arah itu dibuat oleh Perdana Menteri,” tegas Mahfuz.

Beliau juga menegaskan jika suruhanjaya diraja mendapati tuduhan yang dibuat oleh media antarabangsa terhadap Najib itu tidak benar maka satu tindakan undang-undang harus diambil terhadap mereka.

Mahfuz bersama Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayob menyerahkan memorandum memohon penubuhan suruahnjaya diraja memulihkan nama negara kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Ibrahim Engku Ngah pagi tadi.

Selain menyerahkan memorandum mereka juga mengadakan pertemuan ringkas dengan Engku Ibrahim bagi menerangkan tujuan permohonan tersebut dibuat.

Advertisements
Tagged with: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: