The Power Of SMS

It’s time to storm the Bastille

Posted in Uncategorized by malaysiasms on April 19, 2009

Malaysian Today

I call upon all Malaysians who wish to uphold the kedaulatan of the Federal Constitution of Malaysia to converge onto Ipoh on 7 May 2009 as a show of support to Nizar Jamaluddin and the Pakatan Rakyat government of Perak.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Yang Dipertua Dewan Negeri Perak

7 Mei 2009 telah ditetapkan sebagai tarikh Persidangan Dewan Negeri Perak. Perkara ini tidak dirunding dengan saya terlebih dahulu. Saya tidak mengetahui tentang tarikh itu sehingga saya diberitahu oleh ADUN-ADUN yang lain. Notis dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan En. Abddullah Antong. Saya telah mengantung tugasnya sebagai setiausaha Dewan Negeri sebelum persidangan ‘bawah pokok’ yang dibuat pada 3 Mac 2009.

Notis yang sama juga telah diberikan kepada saya oleh Setiausaha Dewan. Siapakah yang memberi arahan kepada Setiausaha Dewan untuk mengeluarakan Notis. Arahan itu sepatutnya datang daripada pejabat Speaker. Tetapi, Speaker sendiri tidak tahu tentang tarikh persidangan tersebut. Mungkin sayalah yang terakhir dimaklumkan tentang tarikh persidangan. Bukankah ini satu tindakan yang aneh. Speaker dihina sekali lagi.

Pada protokolnya, Spaeker yang harus memberi arahan kepada Setiausaha Dewan untuk mengeluarkan notis. Tetapi, di sini, speaker pula menerima notis yang sama seperti ADUN-ADUN yang lain.

Adakah ini merupakan usaha-usaha untuk memperkecilkan atau memperbodohkan institusi Speaker? Pada pandangan saya, ini merupakan satu lagi tindakan untuk menghina Speaker Dewan Negeri.

Sanggupkah Pandekar Amin, Speaker Dewan Rakyat berdiam diri jika Setiausaha Dewannya mengeluarkan notis memanggil Dewan Rakyat bersidang tanpa berunding dengannya? Bukankah hak Speaker untuk mengetahui terlebih dahulu segala apa yang berkaitan dengan Dewan. Apa gunanya institusi Speaker apabila semua keputusan dibuat oleh Pihak yang lain. Ini merupakan campurtangan eksekutif yang nyata. Sekali lagi doktrin pengasingan kuasa dicabuli.

Saya akan menulis surat kepada Istana untuk mendapatkan kepastian tentang tarikh persidangan yang ditetapkan. Saya tidak ditunjukkan apa-apa bukti tentang penetapan tarikh persidangan oleh Istana. Oleh yang demikian, tarikh persidangan itu mungkin perlu ditangguhkan sehingga saya mendapat kepastian tentang tarikh tersebut.

Saya juga mengantung tugas En Abdullah Antong sebagai Setiausaha Dewan. Beliau akan digantikan dengan Tuan Haji Misbah sehingga suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

*************************************************
To read further please go to :
http://mt.m2day.org/2008/content/view/20778/84/
Advertisements
Tagged with: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: