The Power Of SMS

Mohammad Hassan dicabar letak jawatan MB!

Posted in Uncategorized by malaysiasms on April 16, 2009

KUALA LUMPUR, 15 April (Hrkh) – Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Omar mencabar Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Mohammad Hasan untuk meletak jawatannya selepas kalah dalam pemilihan Umno baru-baru ini.

“Beliau seharusnya mengikut jejak langkah bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Dato’ Shahrir Samad yang meletak jawatan setelah tidak mendapat tempat dalam Majlis Tertinggi Umno,” ujar Zulkifly kepada Harakahdaily hari ini.

Memandangkan Mohammad Hasan merupakan sebelum ini disebut sebagai proksi kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, maka lambat laun kedudukannya sebagai menteri besar akan tergugat, katanya.

“Jika Najib melakukan rombakan Menteri Besar, maka ini merupakan satu malu besar kepada Mohammad Hasan,” katanya.

“Apatah lagi di Negeri Sembilan sendiri kedudukan pengaruh Mohammad Hasan tidak kukuh.Ramai orang Mohammad Hasan yang memegang jawatan sebagai Exco dan Adun telah kalah dalam pemilihan Umno di peringkat bahagian,” katanya.

“Maka sebab ini saya melihat eloklah beliau melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri Besar sebelum beliau dimalukan oleh Najib dengan menggugurkan beliau,” katanya./wannordin_

Advertisements
Tagged with: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: