The Power Of SMS

RM 45,786 wang rakyat diguna untuk ‘puji’ Rosmah?

Posted in Uncategorized by malaysiasms on April 15, 2009

Harakah Daily

rosmahKUALA LUMPUR, 15 April (Hrkh) – Demi memuji dan ‘memuja’ isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Kerajaan Negeri Sembilan didakwa membelanja sejumlah RM45786.00 membeli iklan di sebuah akhbar arus perdana.

Iklan satu muka itu telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk ‘memuja’ Rosmah yang sudi melawat daerah Rembau.

Ketika ramai pihak sedang memberikan tumpuan ke Bukit Selambau, Batang Ai dan Bukit Gantang pada 7 April lalu, Rsomah telah melawat Pusat Anak Permata Negara di Chembong, Rembau.

Menurut sumber akhbar itu harga iklan untuk memuja Rosmah itu sahaja sudah berharga RM 45786.00

Demikian didedahkan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham dalam blognya yang mengecam Kerajaan Negeri Sembilan kerana membazirkan sebegitu besar jumlah wang rakyat hanya untuk memuja dan mengambil hati isteri seorang Perdana Menteri .

“….bagaimana dengan iklan di akhbar lain ?

“Itu tidak termasuk berapa perbelanjaan banner sambutan, bendera (termasuk kos pemasangan) dan lain persiapan yang dibazirkan,” katanya yang juga dikenali sebagai ‘Chegubard’.

Sementara itu beliau juga turut menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan di bawah menteri besar yang sama pernah dilaporkan dalam laporan audit negara bahawa pernah melakukan penyelewengan dengan menggunakan wang untuk rakyat miskin dan peruntukan lain untuk mengubah suai dapur rumahnya dan membuat banner ucapan dan sambutan. – azm_

Advertisements
Tagged with: , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: