The Power Of SMS

Krisis Umno T’ganu: Rosol dakwa diugut bunuh

Posted in Uncategorized by malaysiasms on April 15, 2009

Harakah Daily

treng1KUALA TERENGGANU, 14 Apr (Hrkh) – Ketidakhadiran Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu hari ini didakwa jurucakap mereka, Dato’ Rosol Wahid didorong oleh faktor keselamatan nyawa.

Ini berikutan, tiga Adun BN negeri itu masing-masing menerima mesej Sistem Pesanan Ringkas (SMS) berunsur ugutan bunuh.

Sehubungan itu, Rosol yang juga Adun Ajil mendakwa wujud kerahan di kalangan penyokong Menteri Besar, Dato� Ahmad Said untuk hadir ke Dun Terengganu.

Para penyokong Ahmad dakwanya datang dari Kemaman.

“Saya dapat mesej dia (Ahmad) kerah orang dari suatu tempat untuk hadir ke dewan (Dun) Terengganu hari ini.

“Saya dimaklumkan kumpulan itu dari Kemaman iaitu kawasan Menteri Besar. Saya difahamkan, satu kerahan dibuat untuk satu puak datang ke dewan dan ini membimbangkan kita,” jelasnya pada sidang media di tingkat 18 Hotel Felda Residence, hari ini.

Katanya, atas faktor keselamatan Adun-adun BN terbabit sepakat tidak menghadirkan diri di persidangan Dun Terengganu kali ini.

“Kita bergantung kepada keselamatan dan jika keselamatan terjamin kita akan pergi ke dewan semula.

“Jika tidak terjamin keselamatan, kita tidak akan pergi ke dewan hari ini. Harap pihak keselamatan akan beri jaminan yang terbaik untuk kami ahli-ahli dewan,� tegasnya.

Menurutnya, isu tersebut timbul berikutan tersebar khabar angin terdapat di kalangan Adun BN bakal membawa usul tidak percaya kepada Menteri Besar.

Katanya, SMS ugutan itu dikirim oleh penyokong Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

“Kami bertiga terima SMS berbentuk ugutan ‘baik jangan teruskan niat YB. YB tak sayang nyawa?’

“SMS ini saya terima pada jam 11.25 malam (13 April) dan dipercayai ekoran isu ‘undi tidak percaya kepada Menteri Besar’ yang dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri pada hari ini (14 April) atau pun esok (15 April) 2009,� ujarnya.

Sedangkan, kata Dato� Rosol pihaknya tidak pernah berbincang mengenai perkara tersebut dalam beberapa pertemuan dan mesyuarat.

“Kita tidak pernah bertemu, berbincang dan mengadakan sebarang mesyuarat dalam hal itu.

“Saya tidak tahu di mana punca yang dikatakan akan dibawa usul undi tidak percaya ke dewan (Dun) Terengganu kali ini,” jelasnya.

Justeri itu, lebih 10 Adun BN terbabit ketakutan dan merasa tidak selamat.

“Kami juga merasakan suasana hari ini amat tidak kondusif kepada kami tapi kita rasa agak bertuah kerana nama si pengirim SMS ugutan kepada Adun Paka, Mohd Ariffin Abdullah dan Adun Permaisuri, Abdul Halim Jusuh menggunakan nombor individu yang juga seorang pegawai tinggi kerajaan negeri.

“Kita serah kepada pihak polis untuk buat siasatan dan mengambil tindakan lanjut,” ujarnya.

Kelibat mantan Menteri Besar, Dato� Seri Idris Jusoh juga kelihatan berada di restoran Felda di tingkat 17.

Idris juga tidak hadir pada sidang Dun Terengganu hari ini.– tajdid_

Advertisements
Tagged with: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: