The Power Of SMS

Najib perlu ambil teladan apa yang berlaku di Pattaya

Posted in Uncategorized by malaysiasms on April 13, 2009

“Perdana Menteri sendiri telah melihat kesannya di Pattaya bila rakyat tidak berpuas hati dengan rampasan kuasa jadi seharusnya beliau bertindak segera,”

Harakah Daily

KUALA LUMPUR, 12 Apr (Hrkh)PAS menggesa Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak mengambil teladan atas apa yang berlaku di Pattaya semalam.

Kebangkitan rakyat Thailand itu merupakan manifestasi daripada ketidakpuasan hati mereka terhadap rampasan kuasa dan usaha menjatuhkan pemimpin pilihan mereka.

Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato’ Kamaruddin Jaffar menegaskan tidak mustahil rakyat Perak akan melakukan perkara yang sama jika Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak segera dibubarkan bagi membolehkan mereka memilih dan menentukan siapa pemimpin dan kerajaan mana pilihan mereka.

“Keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang merupakan referendum rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) yang telah merampas kuasa di Perak secara tidak bermoral Februari lalu.

“Jika Dun tidak dibubarkan, PAS bimbang apa yang berlaku di Thailand akan turut terjadi di Perak dan jika ianya berlaku ia akan memburukkan lagi keadaan.

“Perdana Menteri sendiri telah melihat kesannya di Pattaya bila rakyat tidak berpuas hati dengan rampasan kuasa jadi seharusnya beliau bertindak segera,” tegas Kamaruddin kepada Harakahdaily.

Beliau juga menegaskan BN tidak seharusnya mengenepikan suara rakyat di Bukit Gantang yang jelas menolak mereka dan penolakan tersebut juga merupakan petanda mereka tidak menerima kerajaan haram yang diterajui oleh Umno di negeri tersebut.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 dibatalkan semalam selepas penunjuk perasaan antikerajaan merempuh pasukan keselamatan dan menggempur pusat media di lokasi sidang kemuncak itu berlangsung.

Penunjuk perasaan antikerajaan yang berbaju merah telah menyerbu pusat media berhampiran Hotel Royal Cliff sambil mengibarkan bendera dan menjerit slogan-slogan antikerajaan. Mereka turut memecahkan tingkap.

Sementara itu, tentera telah mengepung hotel tempat pemimpin-pemimpin ASEAN dijadual menghadiri makan tengah hari dan memutuskan sama ada akan meneruskan atau menangguhkan sidang kemuncak tersebut.

Berikutan itu, Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva mengisytiharkan darurat di Pattaya, resort tempat persidangan itu berlangsung, terletak kira-kira 150 kilometer dari selatan ibu negeri Bangkok.

Beliau turut mengisytiharkan darurat di kawasan sekitar wilayah Chonburi selepas penunjuk perasaan menggempur lokasi tersebut.

Pembatalan Sidang Kemuncak ASEAN itu merupakan kejadian memalukan buat kerajaan Abhisit yang mula memerintah sejak Disember lalu.

Sementara itu, seorang pemimpin pembangkang, Jakrapob Penkair menyifatkan, kumpulan antikerajaan telah mencatat kejayaan melalui pembatalan sidang kemuncak itu, namun katanya, bantahan akan tetap diteruskan sehingga Abhisit meletak jawatan. – mns_

Advertisements
Tagged with: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: