The Power Of SMS

Kerajaan Selangor gesa pembubaran Balkis dibatalkan

Posted in Uncategorized by malaysiasms on April 13, 2009

Harakah Daily

SHAH ALAM, 13 April (Hrkh) – Kerajaan Negeri Selangor melalui peguamnya memohon Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia mengembalikan semula Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Selangor (Balkis) yang dibubarkan selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008

Kerajaan Negeri sebelum ini telah memohon Pendaftar Pertubuhan tidak meluluskan permohonan pembubaran Balkis namun bantahan itu tidak dihiraukan.

Menurut surat yang dikeluarkan oleh Tetuan Fernandez & Selvarajah kepada Pendaftar Pertubuhan bertarikh 9 April, Kerajaan Negeri memohon supaya jabatan itu tidak mewartakan pembatalan pendaftaran dan pembubaran Balkis, seterusnya mengenepikan pembatalannya.

“Kami diarahkan oleh anak guam kami untuk menyatakan bahawa pembatalan pendaftaran dan pembubaran Balkis seperti yang dilaporkan adalah salah di sisi undang-undang menurut peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966,” demikian dijelaskan dalam surat tersebut.

Dalam surat tersebut menyatakan bahawa anak guam itu memohon agar pihak Pendaftar Pertubuhan menuntut kembali dana dan kepunyaan Balkis daripada Jabatan Insolvensi Malaysia dan menyerahkan dana tersebut kepada anak guamnya untuk tindakan lanjut.

Pada 25 Mac lalu, hasil siasatan pendengaran awam terbuka berhubung Balkis yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) mengesahkan Balkis telah dibubarkan berkuat kuasa 11 Februari 2009.

Perintah pembatalan pendaftaran Balkis telah dikeluarkan oleh jabatan berkenaan mengikut Seksyen 13(1)(a) Akta Pertubuhan 1966.

Dana kepunyaan Balkis berjumlah RM9.9 juta kini dikendalikan oleh pihak Jabatan Insolvensi Malaysia. – lanh

Advertisements
Tagged with: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: