The Power Of SMS

Bukit Lanjan: Jangan suruh kami mengundi lagi – Pengundi

Posted in Uncategorized by malaysiasms on April 13, 2009

“Kami tidak mahu pilihan raya kecil lagi, kami

sudahpun membuat pilihan pada pilihanraya umum

lalu dan jangan suruh kami mengundi sekali lagi”Suara Keadilan

PARA penduduk Bukit Lanjan hari ini meminta agar wakil rakyat mereka – Elizabeth Wong tidak meletakan jawatan atau diminta berundur dari sebarang jawatan.

Mereka juga menuntut agar Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim supaya tidak menerima perletakan jawatan Elizabeth sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar.

Menegaskan pendirian warga Bukit Lanjan,Timbalan Presiden Persatuan Friends of Kota Damansara, Jeffrey Pang berkata mereka sudah tekad memilih Elizabeth untuk mewakili mereka dalam Pilihanraya Umum lepas.

” Kami tidak mahu pilihan raya kecil lagi, kami sudahpun membuat pilihan pada pilihanraya umum lalu dan jangan suruh kami mengundi sekali lagi” kata Jeffrey yang juga.

Bagi Presiden Persatuan Penduduk Tropicana, Mah Weng Kwai dia dan seluruh warga Bukit Lanjan tidak sanggup kehilangan wakil rakyat yang betul-betul ikhlas terhadap kerjanya.

” Eli adalah mangsa permainan politik kotor musuh kerana mereka tahu Eli telah menjalankan tugas dengan cemerlang. Kini sudah tiba kerajaan mengkaji semula undang-undang yang berkaitan kehidupan peribadi seseorang” tegas Mah yang juga bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia.

Dalam himpunan yang dianjurkan di Bandar Utama, kira-kira 200 para pengundi serta aktivis hadir untuk memberi sokongan kepada Elizabeth untuk menjalankan tugas sebagai Adun dan Exco.

Himpunan berkenaan turut menampilkan persembahan tarian naga serta kain rentang yang memberi sokongan padu kepada Elizabeth yang juga aktivis terkenal itu.

Turut memberi sokongan pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne, wakil dari Ahli Parlimen Subang dan Selayang serta ahli-ahli Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan badan pemberdayaan wanita, Empower.

Salah seorang penganjur yang dikenali sebagai Bobby berkata, pihaknya terharu dengan sokongan yang diberikan oleh semua pihak yang hadir walaupun cuaca tidak menentu sekarang ini.

“Majlis untuk Eli ini adalah yang kedua dilakukan dan saya secara peribadi berharap Eli dapat mendengar dan melihat sokongan kami terhadap beliau,” tambah Bobby dengan semangat.

Advertisements
Tagged with: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: