The Power Of SMS

Dr M: ‘Positif’ Khairy tidak tersenarai

Posted in Uncategorized by malaysiasms on April 10, 2009

Anwaribrahimblog.com

boneka-150x150

“Positif” – demikian reaksi mantan perdana menteri apabila ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak tersenarai dalam jemaah menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diumumkan petang ini.

Sambil berkata tindakan itu membuktikan perdana menteri sanggup bertindak tegas terhadap rasuah, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyifatkan barisan kabinet baru itu tanda “pembersihan dalam parti” sedang berlaku, lapor Bernama.

“Najib bertindak bijak dengan menggugurkan kebanyakan mereka yang dituduh mengamalkan rasuah walaupun seorang dua entah kenapa turut terselit,” katanya hari ini.

“Ianya positif. Tak ada orang yang jelas terlibat rasuah terpilih khususnya ketua Pemuda (Khairy) yang didapati bersalah guna wang dalam pemilihan (Umno).

“Dia tak diberi apa-apa jawatan pun. Itu satu bukti Najib ingin bersihkan parti.”

Dengan ketegasan dalam menangani rasuah, bekas presiden Umno itu percaya perdana menteri boleh juga bertegas dalam perkara-perkara lain.

“Ini satu pendirian yang tegas oleh Datuk Seri Najib.

“Oleh itu saya berasa kalau dia dapat beri pendirian yang tegas dalam perkara ini, perkara lain juga dia akan mempunyai pendirian yang tegas,” Dr Mahathir dipetik berkata.

Mengulas pelantikan anaknya sebagai timbalan menteri, beliau menggesa Datuk Mukhriz Mahathir menyelesaikan masalah penjualan permit import (AP) kenderaan yang pernah menimbulkan kontroversi beberapa tahun lalu.

Negarawan itu turut yakin bekas exco Pemuda Umno itu boleh menjalankan tugas dengan baik di kementerian tersebut, lapor agensi berita itu lagi.

“Dia akan dapat menjalankan tugas dengan baik. Saya harap dia akan menangani masalah dalam pemberian permit import (AP) kepada mereka yang menjual AP,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Najib mengumumkan barisan kabinet pertamanya dengan melantik Mukhriz – seperti dispekulasikan – sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Ditanya mengenai pelantikan anak ketiganya, Dr Mahathir berkata: “Saya gembira. Walaupun jika dia tidak dilantik, tak apa.”

Mengulas sama ada pelantikan Datuk Ahmad Husni Hanadzlah sebagai
menteri kewangan kedua boleh membantu Najib – yang juga menteri kewangan – menangani kelembapan ekonomi, Dr Mahathir berkata:

“Saya tak tahu nak nilai Husni tapi saya tahu (Tan Sri) Nor
Mohamed Yakcop mempunyai kebolehan dalam bidang itu dan saya fikir tentulah dia dapat memberi pandangan.”

Bekas timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri , Ahmad Husni menggantikan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang dipindah ke Jabatan Perdana Menteri.-

-Malaysiakini

Advertisements
Tagged with: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: