The Power Of SMS

N25 Bukit Selambau : Peratusan kemenangan Manikumar cerah

Posted in Uncategorized by malaysiasms on April 7, 2009

Suara Keadilan

Anna Yusof

SUNGAI PETANI, 7 April (sk) : CALON Pakatan Rakyat, S Manikumar tampak yakin ketika sampai di pusat membuang undi tepat jam 8.05 pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria Jaya, di Sungai Petani, Kedah.

Beliau yang berbaju berbaju batik gelap, sempat bertemu dengan pengundi-pengundi lain dan bersalaman dengan mereka sebelum terus masuk diiringi tiga wakil Pakatan rakyat ke perkarangan sekolah menuju ke bilik tempat membuang undi.

Kemunculan beliau dari pusat membuang undi berkenaan dan disambut dengan tepukan dan sorakan dari kumpulan penyokong Pakatan Rakyat yang berada di luar kawasan sekolah terbabit sebelum menaiki kereta untuk melawat 22 tempat pembuangan undi lain di sekitar Bukit Selambau.

Menurut Manikumar, hari ini merupakan hari yang bersejarah dalam hidupnya secara peribadi kerana beliau keluar mengundi sebagai calon wakil rakyat KeADILan untuk Pakatan Rakyat.

“Saya berasa yakin akan memperolehi kemenangan dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau. Apa yang kita capai hari ini adalah usaha daripada rakyat sendiri,” tambahnya lagi.

Beliau berkata sepanjang kempen pilihanraya kecil, beliau turun padang bertemu penduduk-penduduk di Bukit Selambau dan berasa bangga melihat sokongan serta kata-kata semangat yang diberikan oleh pengundi-pengundi di kawasan berkenaan.

Tambah beliau lagi, dapat disaksikan rata-rata rakyat di Bukit Selambau menyokong beliau khususnya Pakatan Rakyat.

Keadaan cuaca yang baik juga adalah antara faktor menyaksikan jumlah kedatangan undi setakat ini begitu memberangsangkan.

Kawasan N25 Bukit Selambau mempunyai 35,140 pengundi berdaftar di mana majoritinya adalah pengundi berbangsa Melayu, 50.2% diikuti kaum India 29.5% dan Cina 19.3%.

Advertisements
Tagged with: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: