The Power Of SMS

Ezam hina calon berkulit gelap – Cikgu Bad

Posted in Uncategorized by malaysiasms on April 6, 2009

Suara Keadilan

Md Zahari Ali

SUNGAI PETANI, 4 April (SK): BEKAS pimpinan Muda KeADILan, Ezam Mohd Nor diselar kerana dianggap menghina kaum India yang berkulit gelap ketika menyampaikan ceramah sempena kempen pilihanraya di Sungai Lalang, Bukit Selambau baru-baru ini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan, Badrul Hisham Shaharim atau lebih di kenali dengan nama Cikdu Bad berkata Ezam tidak seharusnya menggunakan sentimen perkauman yang diamalkan oleh Umno/BN untuk menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Ezan cuba menghina Anwar yang didakwa memilih calon Pakatan dari keturunan yang berkulit gelap sedangkan beliau sendiri tidak menyedari bahawa calon BN juga dari keturunan India,” kata Cikgu Bad

Menurut Cikgu Bad, sentimen perkauman yang sering digunakan oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN yang telah cuba dikikis tetapi cuba dihidupkan kembali oleh Ezam yang telah ketandusan idea dalam ceramah-ceramah beliau.

“Dia (Ezam) pergi ketempat orang melayu, mereka akan mengutuk bangsa lain, bila pergi kepada bangsa lain mereka tidak segan silu memperlekeh kaum mereka sendiri. Ini yang dilakukan Ezam sekarang.

“Kami dari barisan Pakatan rakyat dari peringkat ahli hingga keperingkat tertinggi ingin mengingatkan Ezam dan pemimpin-pemimpin BN supaya jangan sekali-kali menghina mana-mana bangsa dan keturunan pun kerana mereka adalah rakyat negara ini yang sah dan diperakui oleh perlembagaan.

“Ezam, Umno dan BN jangan cuba mengeruhkan perpaduan kaum di negara ini semata-mata untuk mendapatkan sokongan politik semata-mata,” ujar Cikgu Bad.

Menyentuh mengenai kelibat Ezam yang seringkali kelihatan bila berlaku pilihanraya kecil, Cikgu Bad Berkata Ezam hanya dijadikan alat oleh pemimpin Umno.

“Ezam tidak mempunyai apa-apa nilai tambah kepada BN serta tidak menjejaskan Pakatan Rakyat sedikti pun, ceramah beliau hanya dihadiri petugas-petugas BN sahaja, buktinya dalam dua pilihanraya di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dimana Ezam diberi aksi untuk beraksi namun kehebatannya sudah tiada kerana tembelang perjuangannya sudah diketahui rakyat.

“Dulu gah kerana katanya dia mahu bersihkan Umno dari rasuah dan penyelewengan kuasa tapi tengoklah apa Ezam buat ketika berlaku rasuah p[olitik dan politik wang berlaku dalam pemilihan Umno dulu. Janganlah berselindung Ezam, hentikan retorik politik kamu,” sindir Cikgu Bad.

Advertisements
Tagged with: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: