The Power Of SMS

Gadis seksi pancing undi BN

Posted in Uncategorized by malaysiasms on April 2, 2009

AnwarIbrahimblog

Malaysiakini | 2 April 2009

Kehadiran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Saffian di majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang – sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang di parlimen Bukit Gantang – kini menjadi bahan perbualan.

Majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan calon BN selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil parlimen itu.

Tiga artis Cina berseluar pendek dan singlet biru itu menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut (LIHAT VIDEO DI MALAYSIAKINI).

Majlis makan malam perpaduan dihadiri kira-kira 1,500 orang.

Sebelum beredar, para wartawan menemuinya untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.

Dalam sidang akhbar, beliau ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian bagi menarik pengundi Cina.

Beliau, yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, menegaskan bahawa ia “harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina.”

“Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian rancak begini.

“Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina.

“Di kawasan saya ada 20 peratus pengundi Cina, saya juga pergi ke tokong Cina dan menghadiri majlis pengkebumian orang Cina.

“Saya tahu bagaimana hendak menghormati keluarga orang Cina dan orang mudanya,” tegas Zahid, yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Perak.

Ditanya mengenai sokongan pengundi kaum itu kepada BN, beliau percaya sokongan kepada BN semakin meningkat kerana kerajaaan persekutuan dan kerajaan sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah orang mereka.

“Sokongan pengundi Cina, mengikut laporan, semakin bertambah sekarang ini. Kerajaan pusat mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

“(Sokongan bertambah) setelah kita mengangkat semua masalah (mereka) ini kepada menteri berkenaan. Dan tindakan segera sedang dilakukan,” katanya.

Beliau turut menafikan undi sesuatu kaum tertentu menjadi faktor penentu keputusan pilihanraya kali ini.

“Semua kaum menjadi penentu. Dan semua undi penting, sama ada undi Cina, India atau Melayu. Dalam keadaan pilihanraya umum, lebih lagi pilihanraya kecil, kita tidak boleh abaikan mana-mana undi, daripada mana-mana kaum.

“Satu undi pun sangat bermakna (kepada BN) dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang ini,” katanya.

Sebelum itu dalam ucapannya, kerajaan telah mengenal pasti beberapa masalah utama nelayan di kawasan itu, termasuk gangguan lanun dan tentera Indonesia, masalah subsidi petrol dan operasi bot haram.

Tindakan lanjut sedang diusahakan kementerian yang berkaitan, tambahnya.

Advertisements
Tagged with: , , ,

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. […] Majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan calon BN selesai menyampai ucapan meminta h… Go here to see the original: Gadis seksi pancing undi BN […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: